Pemimpin Perlu Terbuka Menerima Nasihat

Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU - PAS berpendirian bahawa diantara tanda kesempurnaan sesebuah negara Islam ialah  apabila pemimpin terbuka untuk menerima nasihat.


Presiden PAS, Dato Seri' Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, jangan sesekali ada didalam diri pemimpin sifat yang tertutup tidak menerima teguran.

"Sebab itu Abu Bakar As-Sidiq apabila dipilih menjadi ketua negara, ucapan yang pertama.

"(diucapnya)Wahai tuan-tuan saya telah dipilih, saya bukan orang terbaik, kalau saya baik betul tolong saya, kalau saya terpesong betulkan saya," ujar beliau. 

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan  Bicara Naratif melalui saluran TV RTM, pada Selasa malam.

Katanya,  khalifah Abu Bakar juga telah memberi panduan dalam pentadbiran Islam, apa yang benar itu amanah dan pembohongan adalah khianat.

"Dengan makna jangan mengampu para pemimpin, kalau betul kata betul. Kalau salah, Kata salah," jelasnya.

Justeru, kata Ahli Parlimen Marang itu, konsep urus tadbir yang baik itu perlu diperkenalkan didalam pemerintahan negara pada masa kini.

"Walaupun disebut (digelar) perdana menteri, disebut presiden, disebut raja (ianya) ada ahli mesyuarat, ada majlis syura (dan) ada kabinet dia.

"Itu pemerintahan secara kolektiviti, dimana kesempurnaan dapat diwujudkan secara kolektif ini dapat menyempurnakan pemerintahan negara dengan cara terbaik, "katanya.

Ulasan