140 Bungkus Makanan Untuk Petugas Barisan Hadapan Setiap Hari

BESUT - Sebanyak 140 bungkus makanan tengahari diagihkan kepada petugas barisan hadapan yang sedang bertarung menentang wabak Covid-19, di sini.


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor berkata, ia termasuk hidangan untuk para petugas  di dua pusat kuarantin daerah ini.

'kita mengagihkan 'pek' makan siang kepada semua petugas 'frontliners' dan asnaf terpilih sepanjang musim PKP ini," ujarnya ketika dihubungi.

Beliau yang juga Pegawai Penyelaras Parlimen Besut berkata, inisiatif tersebut dibuat kerana menghargai pengorbanan para 'wira' yang berani menyabung nyawa menghadap pandemik maut itu.

"Ia diharap akan menyuntikkan semangat buat mereka yang berhujan dan berpanas tanpa lelah," ujarnya.

Jelasnya, Besut adalah daerah yang mencatat pesakit covid-19 paling ramai dan telah menelan seorang korban.

Justeru, kata beliau, usaha mengekang pergerakan penduduk adalah penting bagi menghalang penularan wabak itu.

"Mereka (barisan hadapan) bertungkus lumus memastikan ketertiban masyarakat daerah ini berada pada tahap yang memuaskan," tambah beliau.

Ulasan