Pelbagai Inisiatif Bantu Ringankan Beban

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT - Pelbagai inisiatif diambil untuk membantu golongan asnaf bagi meringankan beban mereka terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Bendahari PAS kawasan Besut, Haji Azbi Salleh berkata, antaranya agihan yang disalurkan berbentuk barangan dan wang

"Saya berharap kita dapat terus membantu dan menyelesaikan masalah rakyat di DUN Kuala Besut," jelasnya.

Beliau yang juga Penyelaras DUN Kuala Besut berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, di sini, pada Selasa, 21 April.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, YB Tengku Zaihan, Pegawai Khas Penyelaras DUN, Mohd Sulaiman dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baharu, Hassan Hussin.

Menurutnya, program ziarah ke enam buah rumah asnaf adalah dengan kerjasama pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baharu.

“In shaa Allah program ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang untuk membantu golongan yang memerlukan," tambah beliau.

Ulasan