PKP Tingkat Jualan Pengusaha Roti Tempatan

KUALA TERENGGANU - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan kesukaran kepada orang ramai, sebaliknya memberi memberikan kelebihan kepada seorang pengusaha roti tempatan.


Pemain Industri kecil dan Sederhana (IKS), Khalid Abdullah mengakui perintah kerajaan itu telah meningkatkan jualan produk beliau.

"Semenjak kerajaan umum PKP ini permintaan roti buku sangat tinggi sampai semua orang berebut-rebut.

"Kesian pulak tengok orang rumah (isteri) dan anak-anak (kebetulan semua berkumpul di rumah) berhempas pulas menyiapkan tempahan atau membuat penghantaran COD," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini.

Katanya, walaupun pembungkusan roti beliau mungkin kurang menarik tetapi menjamin kualiti dan rasanya setanding dengan pengeluar roti ternama.

"Terdapat pelbagai jenis roti antaranya, roti buku (slice), roti bantal, bun berinti, roti sosej, roti krim, biskut kering dan macam-macam lagi,"

Oleh itu beliau mempelawa mana-mana pihak yang berhajat untuk membuat tempahan  menghubungi talian 016 220 3213.

"Kepada yang belum ada kesempatan mencuba produk kami anak beranak, sudi-sudilah datang ke bengkel kecil yang terletak bersebelahan rumah. Rotinya segar, dibuat setiap hari," tambah beliau.

Ulasan