400 Penduduk Dirai Dalam Jelajah Ziarah

Oleh: Alfian Mamad

KEMAMAN - Seramai 400 orang penduduk di kawasan ini telah menerima bantuan sempena Jelajah Ziarah Kasih Ramadhan.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman YB Che Alias Hamid berkata, sumbangan tersebut dapat mengurangkan sedikit beban perbelanjaan penerima dimusim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

"Seramai 70 guru PASTI di DUN Kijal dan 66 orang di DUN Chukai dan 264 penduduk di kawasan tersebut menerima bantuan .

"DUN Kijal ini adalah siri jelajah yang kedua oleh Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kemaman selepas Dun Chukai semalam," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Pegawai Khasnya, Mohd Khairuddin Ahmad memberi sumbangan pada Khamis,7 Mei.

Menurutnya, program tersebut bertujuan bagi mengerat hubungan yang sedia ada dengan semua cawangan di dalam parlimen.

Turut hadir ialah Setiausaha MTD Kijal Adnan Mohamad, PSU MTD Kijal Wahab Ahmad dan Ajk Kebajikan MTD Kijal Zulkipli Mohd.

Sementara itu, Pengarah MTD Kijal Ustaz Hazri Jusoh yang ditemui mengucapkan terima kasih dan bersyukur dengan apa dilakukan oleh YDP PAS Kawasan Kemaman yang juga selaku Ahli Parlimen Kemaman ini.

"Alhamdulillah, kami ucapkan jutaan terima kasih kepada YB Che Alias Hamid kerana kepekaan beliau terhadap masalah rakyat dikawasan beliau.

"Mudah mudahan apa yang dilakukan ini dapat melegakan sedikit kegusaran kepada penerima didalam menjalankan ibadah puasa dan semoga ianya mendapat keberkatan dari Allah," jelasnya.

Beliau menambah, siri Jelajah Ziarah Kasih Ramadhan ini akan diteruskan kepada dua DUN lagi yang berbaki di Parlimen Kemaman iaitu Kemasik dan Air Putih dalam masa terdekat.

Ulasan