Aidilfitri Norma Baharu Sesuai Syariat


Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN - Sambutan Aidil Fitri dalam kandungan norma baharu sesuai dengan syariat Islam apabila semua ahli keluarga dapat berkumpul merayakan hari kemenangan itu.

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu, Ustaz Jamaluddin Jusoh mengajak umat Islam menghayatinya dengan taat kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) bagi maslahat mengekang pandemik Covid-19.

Menurutnya, ia sebagai persiapan menghadapi ujian Allah dihari mendatang.

"Kemeriahan dan kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri sebenar adalah kejayaan mengembalikan diri kepada fitrah kesucian agama walaupun tanpa semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama.

" Meskipun anak cucu tidak bersama, asalkan kita dapat keyakinan mereka sihat dan selamat dari apa-apa yang memudaratkan", tegasnya dihubungi di sni semalam.

Disamping itu juga, katanya lagi,
kegembiraan bertemu kaum keluarga boleh dikongsikan melalui medium media sosial yang canggih masakini.

Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Dungun itu juga seterusnya mengingatkan agar masyarakat sentiasa menyedari bahawa kesabaran di dalam menghadapi latihan Ramadan adalah pemangkin kepada ketabahan di dalam menghadapi ujian-ujian yang lebih getir pada masa akan datang.

"Kenangkan derita saudara kita di luar sana..mereka mungkin beraya bersama keluarga tetapi dalam keadaan derita ketakutan sepanjang masa, bila-bila masa sahaja boleh terkorban di hujung senjata musuh yang ganas," jelasnya lagi.

Ulasan