DPPHT Bantu Mangsa Kebakaran


Oleh : Muhammad Najib Ismail

HULU TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu (DPPHT) menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Beladau Kolam, Manir yang berlaku lewat petang Khamis 28 Mei.


Mangsa, Kasa Mohd Yatim, 76, diwakili anaknya menerima sedikit wang tunai bantuan daripada DPPHT yang disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu, Mohd Harun Esa.

Harun berkata, "Bantuan ini adalah hasil sumbangan orang ramai, NGO serta pelbagai pihak yang telah memberi kepercayaan kepada DPPHT untuk membantu mereka yang memerlukan seperti mangsa kebakaran ini".

"Jumlah sumbangan yang diberikan mungkin tidak mampu menggantikan apa yang telah hilang, tetapi insyaAllah dapat membantu mengurangkan beban mangsa tambahan dalam musim PKPB ini". Tambah beliau.

Turut hadir sama Timbalan Ketua DPPHT, Ustaz Muhammad Hamdi Harun, Naib Ketua DPPHT, Ustaz Nasrun Abdullah dan Ketua Pemuda PAS DUN Telemong, Ustaz Mohamad Yusuf Abdullah.

Pihak DPPHT juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga terus kuat dan sabar dengan ujian yang menimpa dan semoga ada rahmat di sebalik ujian yang melanda.

DPPHT juga menyeru kepada dermawan untuk membantu mereka yang dalam kesusahan di musim Covid-19 dan kekangan PKPB yang memberi kesan kepada pelbagai lapisan masyarakat terutama belia di Hulu Terengganu.

Sumbangan orang ramai boleh disalurkan kepada Akaun Bank Islam (Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu) 13017-01005-4320.

Dilaporkan semasa kejadian, beliau tiada di rumah kerana berada di rumah anaknya di Kampung Pasir Tebakang dan tiada kemalangan jiwa dalam kebakaran tersebut.

Ulasan