Guru PASTI Besut Terima Duit Raya

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT - Seramai 111 orang guru PASTI Kawasan Besut menerima sumbangan duit raya daripda PASTI Kawasan Besut.

Majlis penyerahan duit raya tersebut diadakan di PASTI Ar Rayan, Kota Putera dan PASTI Al Qamar, Jerteh pada 20 Mei 2020.

Sumbangan duit raya tersebut telah disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut, Saudara Hakim Zulfikri dan Pengarah PASTI Kawasan Besut, Syamri Razak.

Hakim Zukfikri berkata sumbangan ini bagi menghargai jasa guru-guru PASTI yang banyak berkorban bagi mendidik anak-anak PASTI hingga berjaya.

“Selain itu juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru PASTI Kawasan Besut sempena sambutan hari guru pada 16 Mei setiap tahun.

“Kita juga turut menyampaikan sumbangan kuih raya bagi menyamput Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi”, ujar Hakim Zulfikri.

Ulasan