500 Lemang PKPP Diedarkan



Oleh: Pyang Mamat

KEMAMAN - Sebanyak 500 batang lemang telah berjaya diedarkan ke setiap rumah di Kampung Padang Kubu akibat tertangguh kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah Covid-19 baru-baru ini.


Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata, program itu adalah untuk meraikan kehadiran Syawal yang julung kali diadakan dalam DUN berkenaan.

"Syabas dan tahniah kepada pemuda yang bertungkus lumus dalam menjayakan program kemasyarakatan dalam menyantun penduduk kampung sempena Hari Raya Eidul Fitri diakhir bulan Syawal ini," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, pada hari Jumaat, 19 Jun.

Menurutnya, program tersebut adalah anjuran Pemuda MTD dan pemuda PAS Cawangan kampung tersebut.

"Terima kasih juga kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Padang Kubu dan Pejabat Parlimen Kemaman kerana membantu menjayakan program ini," ujar Hazri.

Justeru itu, beliau berharap program sebegini dijadikan sebagai program tahunan di DUN Kijal.

Ulasan