Desak SPRM, Polis Siasat LGE


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN - Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPPKD) mendesak Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan yang telus beserta tindakan sewajarnya ke atas Lim Guang Eng (LGE).

Ketuanya, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata ia adalah susulan pendedahan surat Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas Kepada Mantan Menteri Kewangan Negara tersebut yang tular di media sosial.

"(Dimana) isi kandungan (surat) tersebut jelas menunjukkan LGE, atas kapasiti jawatannya yang dipegang ketika itu (telah) menyalahgunakan kuasanya.

"Kerana cuba mencampuri urusan siasatan dan (telah) mempengaruhi Jabatan Peguam Negara dan SPRM dalam mennyahbekukan akaun seorang hartanah," ujarya.

Beliau menegaskan demikian dalam satu kenyataan media selepas tampil membuat laporan berkait perkara berkenaan di Balai Polis Daerah Dungun, semalam.

Katanya perkara berkenaan tidak boleh didiamkan kerana dibimbangi terus berlaku penyelewengan berstatus jenayah kolar putih.

"Tiada siapa yang boleh terkecuali dari lunas perundangan samada (terbukti) benar bersalah atau tidak kita serahkan (kepada) pihak berkuasa (untuk) bertindak dan menyiasat.

"(Paling) utama perlu ada tindakan susulan ke atas kes ini," ujarnya.

Justeru beliau turut berharap agar rakyat celik serta bersatu padu didalam memastikan negara bebas dari sebarang penyalahguaan kuasa juga rasuah.

Ulasan