Agenda Parti Diteruskan


Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN- Kebenaran mengadakan aktiviti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) maka tiada lagi halangan bagi Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPPKD) untuk meneruskan agenda bagi memperkasakan perjuangan parti.

Ketuanya, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata kini tibalah masanya untuk meneruskan segala program dengan lebih bersemangat bagi memenangkan Islam berpandukan arahan dari kepimpinan di peringkat tertinggi parti.
“Dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan, kita juga akan melaksanakan segala aktiviti yang tertangguh selama ini dalam mengatur strategi yang lebih mantap demi kelangsungan jemaah Islam (PAS) yang kita perjuangkan.” ujarnya ketika dihubungi pemberita, pada Khamis, 9 Julai.
Menurutnya lagi, di antara aktiviti yang tertangguh seperti Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) peringkat DPPKD akan diadakan buat julung kalinya di Dewan Sivik Felda Jerangau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi.
“Pemilihan lokasi dilakukan bagi meraikan kesungguhan dan semangat tinggi yang tidak pernah luntur oleh pemuda PAS DUN berkenaan tanpa menjadikan upah, jawatan dan habuan sebagai matlamat utama.
Yang mereka impikan ialah mendapat keredhaan Allah SWT.” tegasnya.
Justeru, beliau turut berharap agar MAT yang diadakan itu akan menjadi medan muhasabah terbaik bagi memperkasakan jentera pemuda di seluruh peringkat kawasan Dungun.

Ulasan