Pemuda PAS Setiu Terima 113 Ahli Baharu




Oleh : Izzat Al Qushairi

SETIU – Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiu menerima 113 ahli baharu hari ini sekali gus membuktikan bahawa parti Islam itu terus mendapat sokongan rakyat.


Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiu, Ustaz Mohd Shafizi Ismail berkata, khabar itu juga memberi sumber kekuatan kepada mereka dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Ini kerana amalan budaya politik matang dan sejahtera merupakan pendekatan PAS yang telah diterima oleh semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan borang keahlian kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Ustaz Mohd Nasir Abdul Razak dalam Mesyuarat Agong Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiu di Dewan Sivik Batu Rakit, di sini.

Menurut Shafizi lagi, mereka yang menjadi ahli begitu yakin dengan PAS kerana dasar perjuangan dan komitmen PAS dalam membela Agama, rakyat dan bangsa.

Tambah beliau, di samping kesungguhan kerja dan perkhidmatan  membantu rakyat yang ditonjolkan oleh semua wakil rakyat PAS terutama Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir.

“Ini menunjukkan PAS terus dirasai dan diterima oleh masyarakat di seluruh negeri Terengganu,” katanya

Ulasan