Sumbangan Komputer Riba Penuhi Kehendak Semasa


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Sumbangan komputer riba beserta pencetak kepada guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dalam kawasan Dewan undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, memenuhi kehendak semasa dengan perkembangan dunia pada masa kini


Pengarah Majlis Tindakan Undangan Negeri DUN (MTD) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata sumbangan disampaikanya itu bagi memastikan PASTI DUN tersebut terus relevan didalam mendepani dunia masa kini.

“Alhamdulillah semoga pemberian ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin  oleh para guru di lima PASTI yang dimiliki disini.

“Kita juga sedia maklum dan sedar akan kekurangan serta kekangan yang dihadapi dari pelbagai sudut, “ ujarnya.

Beliau berkata demikian ketikan ditemui pihak media, selepas menyempurnakan sumbangan berkenaan, di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, pada Isnin 20 Julai.

Seramai 25 guru PASTI serta pembantu pusat asuhan terbabit beserta tenaga pengajar Sekolah Rendah Arab Integrasi Jerangau telah turut menerima bantuan insentif Covid-19.

Sementara itu Penyelaras PASTI DUN Bukit Besi, Mohd Ridhuan Yusoff menzahirkan ucapan terima kasih diatas kecaknaan serta kepihatinan daripada pengarah MTD tersebut, bagi memenuhi salah satu keperluan para guru terbabit.
negara,” ujarnya.

“Dimana sistem penilaian murid PASTI bermula tahun 2020 telah ditingkatkan taraf kepada ‘E-Failing’ bagi memudahkan tugasan guru bagi penyelarasan sistem Pendidikan PASTI seluruh negara agar terus menjadi pilihan utama ibu bapa dalam memilih Pendidikan yang relevan untuk anak-anak mereka, terutamanya di DUN Bukit Besi ini, “ ujarnya.

Ulasan