PRK Slim : PAS Tidak Hantar Petugas Kerana PH Tidak Bertanding



Oleh : Suhaimi Taib

TANJUNG MALIM,  26 Ogos - PAS Pusat mengambil keputusan tidak menghantar petugas untuk berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Slim (DUN) kerana menyifatkan ia tidak sengit berikutan Pakatan Harapan (PH) tidak bertanding.

Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Terengganu, YB Ariffin Deraman agaimanapun percaya,  PH meletakkan calon tajaannya (proxynya) di PRK itu memandangkan ramai pemimpin pakatan pembangkang itu hadir berkempen di kawasan pilihanraya tersebut. 

"Pada saya calon BN atau Pakatan Nasional itu (PN) tidak menghadapi masalah untuk memenangi pilihanraya tersebut. 

"Walaupun kita (PAS) tidak menghantar secara rasmi jentera pilihanraya ke sini,  namun Naib Presiden PAS,  Dato' Seri Dr.  Ahmad Samsuri Mokhtar dan pimpinan PAS yang lain turut hadir ke kawasan pilihanraya ini untuk memberi sokongan moral kepada jentera pilihanraya PN, " katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat PAS Tanjung Malim di sini. 


Katanya,  jika ada peluang, PAS akan turut berkempen dalan PRK itu. 

"Kita berdoa supaya calon UMNO dalam pilihanraya ini menang mudah dengan majoriti besar dan muafakat ini membuktikan bukan sahaja kita kukuh di peringkat DUN tetapi juga di peringkat Parlimen bagi memenangi pilihanraya umum yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi bagi terus memerintah Malaysia, " jelasnya. 

Sementara itu Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Perak,  Mustafa Abdul Wahab berkata,  kerjasama PAS Perak dengan calon UMNO Slim River khususnya dan UMNO Negeri Perak amnya agak baik. 

Katanya,  beberapa pertemuan diadakan di peringkat jentera induk termasuk jentera operasi,  taklimat bersama wanita UMNO dan Muslimat PAS berjalan dengan baik. 

"Jentera pilihanraya PAS lakukan gerak kerja bersama dengan jentera BN setiap hari termasuk mengadakan kempen dan ceramah bersama, " ujanya. 

Dalam pada itu di hari yang sama,  Ariffin turut mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria di Pejabat parti itu bertanya khabar tentang perkembangan pentadbiran kerajaan negeri itu.

Ulasan