PRU15 : Muslimat Perkasakan Cawangan

Oleh : Nooreni Abu Bakar 

KUALA TERENGGANU - Muslimat mesti memperkasakan pentadbiran di setiap cawangan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketua Muslimat PAS Terengganu, To' Puan Hajah Zarani Othman menggesa agar setiap  cawangan PAS hendaklah juga mempunyai organisasi muslimat.

"Kekuatan cawangan mengambarkan kekuatan PAS dan pendokong PAS," tegasnya.

Zarani berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Hala Tuju PRU 15 di Kuala Ibai di sini pada 8 Ogos.

"Begitu jugak dengan Ameerah, iaitu muslimat muda PAS yang mesti diwujudkan di setiap organisasi muslimat cawangan.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Marang turut mengingatkan agar muslimat sentiasa membina Islam di dalam diri dan keluarga agar tidak menjadi fitnah kepada jemaah. 

"Juga membina  masyarakat  yang meninggikan Islam dengan menjalankan kewajipan secara lisan, tulisan dan dengan kuasa politik," jelasnya.

Ulasan