Pembinaan Bangunan Baharu An-Nur Berjalan Lancar


BESUT - Pembinaan bangunan baharu setinggi tiga tingkat Kompleks Tahfiz An-Nur (Tahfiz), di kampung Belanga, dekat sini, berjalan dengan lancar.


Pengerusinya Ustaz Riduan Mohd Nor menyasarkan, ia akan siap pada bulan September depan, bagi mengejar musim monsun yang akan tiba sekitar Oktober.

“walaupun ia telah terhenti selama tiga bulan semasa PKP, fasa pertama dan insya-allah dalam bulan September ini,

”kita berusaha untuk menyiapkan atap sebelum musim tengkujuh yang akan datang,” ujarnya ktika dihubungi.


Oleh itu, kata beliau, pihak Tahfiz mengharapkan sumbangan derma muslimin dan muslimat kerana institusi itu masih memerlukan RM400 ribu lagi bagi menyiapkan bangunan blok tersebut.

“insya-allah bangunan tiga tingkat ini akan beroperasi sebagai Sekolah Rendah Tahfiz mulai Januari 2021 tahun hadapan,

“Sumbangan masih diperlukan untuk menyiapkan bangunan 3 tingkat Kompleks Tahfiz An-Nur, Besut, dan boleh disalurkan salah melalui akaun bank atau datang sendiri ke premis kami,” jelasnya.

Katanya, orang ramai boleh menyumbang melalui akan Maybank No. akaun 563046318857 (An Nur Besut Mandiri Resources) atau Bank Islam : 13035010081866 (Kompleks Pendidikan Tahfiz An Nur) dan Bank Rakyat : 110502019326 (Kompleks Pendidikan Tahfiz An Nur Besut).

Justeru beliau mengucapkan terima kasih atas sumbangan muslimin dan muslimat yang telah menyokong Tahfiz An-Nur .

Ulasan