Kacau 'Asyura' Rapatkan Ukhuwah



 Oleh: Ahmad Mawardi

KUALA TERENGGANU - Program Kacau Bubur Asyura yang dianjurkan oleh PAS cawangan Teluk Menara Manir dan Jawatankuasa Masjid dapat merapatkan ukhwah di antara penduduk kampung.

Ketua PAS Cawangannya, Hamazah Mohd Latif berkata, aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara masyarakat sekitar kawasan tersebut.

“Dengan termeterainya Muafakat Nasional di antara PAS dan Umno umat Islam sepatutnya bersatu hati bagi dan lupakan sengketa lama,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas program tersebut di pekarangan pejabat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung MPKK, di sini,semalam.

Oleh itu, beliau sangat berpuashati kerana program tersebut juga mendapat sambutan orang setempat.

“Saya berharap kerjasama yang baik ini dapat membuahkan hasil yang terbaik pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang," ujar beliau.

Sebanyak 10 periuk bubur asyura berjaya di siapkan seterusnya diagih kesetiap buah rumah dan turut dibahagikan kepada para jemaah masjid seusai solat jumaat semalam

Ulasan