Mantapkan Jati Diri


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN - Setiap program tarbiah dan aktiviti usrah yang telah disusun di setiap peringkat wajib, dihadiri oleh setiap ahli PAS, bagi memperkasa serta memantapkan jati diri.

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu (DUPNT), Ustaz Al-Hafiz Jamaluddin Jusoh berkata ianya bagi membentuk akhlak yang selayaknya sebagai anggota gerakan Islam.

“Maka (apabila) kita nak jadi ahli PAS yang 'solid' wajib kita ikut pengisian (program) bukan ikut suka hati hendak hadir atau tidak hadir (sebaliknya)kena wajibkan diri untuk hadir.

“Pada peringkat awal terasa berat, bila dah merasa kemanisan tidak akan merasa keberatan lagi kita tengok pimpinan sibuk macammanapun, usrah (mereka) tidak tinggal sebab disitu medium untuk mendapatkan nasihat , mendapat kekuatan dan suntikan semangat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, pada Program Pemantapan Organisasi dan Ahli Baru PAS Bukit Besi, di Pusat Veterinar Cermin Kiri Jerangau, pada Sabtu, 26 September.

Katanya, melazimi usrah dan juga program telah menjadikan pimpinan PAS pada hari ini tokoh yang hebat menghadapi segala ujian yang datang bertalu-talu dan merasai kemanisan berjuang. 

“Mereka kena marah, kena kecam tetapi dimana kekuatan mereka? melalui usrah dengan  proses mendengar dan memperdengar maka menjadikan mereka (pimpinan) istiqamah. 

“Dengan usrah dan program tarbiah didalam PAS membentuk kelakuan dan  akhlak dia sama sepertimana yang diingini mengikut manhaj di dalam PAS,” ujarnya.

Tambah beliau, Ahli PAS juga perlu bergerak sebagai pendakwah mengajak masyarakat kepada Islam yang syumul.

“Bukan fikir implikasi itu berlaku pada dirinya sahaja, juga bertanggungjawab memperkasakan diri  sebagai seorang pendakwah dari sudut akhlak dan dari sudut percakapan yang elok sebagai pendakwah menjadi serampang atau peranan yang dipikul didalam satu masa apabila menyertai PAS,” katanya.

Memilih sebagai ahli gerakan Islam tegasnya akan menjadikan seseorang itu terpandu untuk lebih mendekati Allah.

Ulasan