MP Charles Santiago : Cermin Diri Terlebih Dahulu Sebelum Desak Menteri Air Dan Alam Sekitar Letak Jawatan

 


Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor meminta YB Charles Santiago  cermin diri terlebih dahulu sebelum menuding kesalahan dan meminta YB Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Air dan Alam Sekitar meletakkan jawatan jika gagal mengambil tindakan terhadap syarikat yang menyebabkan pencemaran Sungai Selangor dalam tempoh sebulan.

Pencemaran ini adalah episod ulangan dari kilang yang sama disyaki, maka di mana tindakan awal oleh YB Charles Santiago sewaktu menjadi pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN) semasa 22 bulan kerajaan PH memerintah sebelum ini dalam mengekang isu pencemaran sungai yang berlaku dari awal? 

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor amat berterima kasih kepada Menteri Alam Sekitar dan Air yang pantas mengambil tindakan serta bantuan yang diberikan menjadikan keresahan rakyat di kawasan yang terlibat semakin redha.

Sikap yang ditunjukkan oleh YB Santiago hanyalah menzahirkan sifat kedengkian terhadap Menteri Air dan Alam Sekitar atas gerak kerja Menteri yang efisien lebih dari Menteri sebelum ini di zaman kerajaan PH memerintah dan inilah yang diakui oleh rakyat umum. Cerminlah diri terlebih dahulu apa usaha yang pernah dilakukan sewaktu kerajaan PH berkuasa. Ini tidak, sudahlah  tidak dilihat bekerja, memaksa pihak yang bekerja pula meletakkan jawatan!

YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi

Pesuruhjaya PAS Selangor | ADN Sijangkang

17 Muharam 1442H | 5 September 2020

Ulasan