Pemuda Jangan Hilang Fokus

 


Oleh : RR

KUALA TERENGGANU – Para pemuda PAS dari semua peringkat diingatkan agar jangan hilang fokus dan  fahami serta menyahut setiap saranan ya ngam disampaikan oleh Tuan Guru Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Muktamar PAS kali ke 66 yang diadakan baru-baru ini.

Ketua Pemuda PAS negeri Terengganu, Mohd Nasir  A Razab berkata, ia membuktikan bahawa parti PAS terus mengorak langkah untuk menyatupadukan Umat Islam demi agenda Islam yang dicintai.

Katanya, dalam Ucapan Dasar Tuan Guru, empat pesanan telah digariskan yang perlu dilakukan dan diberi penumpuan khusus oleh para pemuda dalam menggerakkan agenda jemaah.

“Antaranya pengundian automatik 18 tahun menjadi peranan besar dan tugas besar para pemuda, persaingan media sosial yang perlu dikuasai

“Menjadi model ikutan (qudwah) kepada generasi muda dan benteng anak muda dengan membimbing mereka berpandukan Al-Quran,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada semalam  diminta mengulas mengenai Pasca Muktamar PAS kali ke -66 yang diadakan baru-baru ini.

Menurutnya, sangat jelas dengan wawasan dan amanat pimpinan terutamanya Ucapan Dasar Tuan Guru Presiden menjadikan Islam Memperkukuhkan Perpaduan sebagai tema Ucapan Dasar beliau pada kali ini.

“Penuhkan media sosial anak muda dengan idea segar dan wacana agenda-agenda dalam Muktamar.

“Bunga yang mekar dan buah nan ranum dari Muktamar seminggu yang lepas, mesti kita hidangkan kepada para anak muda agar PAS lebih dikenali dan menarik untuk didekati,” ujar Nasir.

Justeru itu, beliau menyeru kepada para pemuda agar bersama-sama membahaskan, mencari idea dan fokus  terhadap empat perkara ini serta  menatijahkan pelan perlaksanaan terbaik bagi sama-sama menyumbang untuk mentadbir negeri dan negara ini.

“Semoga Allah SWT merahmati usaha kita dan memberi kemenangan kepada Islam.

“Memimpin negara merupakan anugerah Allah kepada Pemuda PAS kerana ia membuka ruang yang sangat besar untuk kita belajar dan menyumbang dalam pentadbiran Malaysia,” tambah beliau.



Ulasan