Ubat Kecewa Pengundi PH


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN- Pengundi Pakatan Harapan (PH) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi segera didekati bagi mengubati kekecewaan mereka sebagai pemilih.

Pengarah Operasi Jabatan Pilihan Raya Negeri Terengganu (JPNT) Alghazali Abu Bakar berkata, sebahagian besar daripada mereka sebelum ini merupakan ahli dan juga penyokong PAS.

“(sembuhkan) mereka agar PRU ke-15 nanti mereka kembali kepada PAS (maka) dia akan menghilangkan negatif (mengurangkan) 46 (undi) dengan perteguhkan (kekalkan) undi PAS 5,724 dengan tambahan pengundi baru dan menjejaki pengundi PH akan boleh bawa kepada kemenangan,” ujarnya.

 

[caption id="attachment_83046" align="alignnone" width="914"] Alghazali sedang berucap7[/caption]

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Taklimat Gerak Kerja Pilihan Raya dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit BESI, di Dewan Sivik Jerangau  di sini 19 September .

Alghazali turut mengucapkan tahniah kepada DUN Bukit Besi diatas kesungguhan melaksanakan taklimat dan pelancaran jentera lebih awal mendahului DUN yang lain.

“Dengan suasana politik sekarang pilihan raya tidak akan cukup tiga tahun, kalau kita tengok 'signal' daripada Perikatan Nasional (PN) pada dua hari lepas, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini, (jika)keputusan berpihak kepada PN (maka)akan bubar parlimen.

“Maksudnya apa keputusan yang akan berlaku dari Sabah ia akan menjadi satu tanda yang besar kepada kita terutamanya, walauapun keputusan pembubaran itu dalam poket Perdana Menteri (PM), kerana kita sebahagian daripada kerajaan yang dia (Muhyiddin) menjadi Perdana Menteri maka maklumat yang kita dapat pilihan raya insya-Allah tahun ini,” ujarnya.

Mengulas lanjut katanya, walaupun dijangka berlaku di peringkat Parlimen  namun ianya sudah tentu akan melibatkan seluruh DUN bagi mengerakkan jentera pilihanraya.


Sementara itu Setiausaha PAS DUN Bukit Besi, Khaziman Khalik berkata PAS sedia untuk bertanding bagi DUN Bukit Besi.

“Dengan segala persediaan yang kita ada, jentera kita bersama dengan kekuatan serta pertambahan ahli semakin bertambah, dan dilihat pemimpin PAS sering turun padang dekati rakyat tiada sebab untuk kita tidak diberi peluang untuk bertanding di dalam usaha kita bagi menyebarkan manfaat, kebaikkan serta mendidik masyarakat dengan nilai-nilai murni di dalam Islam melalui dakwah,” ujarnya.

Justeru beliau berharap, agar perkara berkenaan dipertimbangkan pada peringkat pimpinan pusat agar peluang diberikan kepada PAS untuk bertanding pada PRU ke-15 di masa akan datang.

Turut hadir Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman serta Naib Yang DiPertua (NYDP) PAS Kawasan Dungun, Azman Shapawi

Ulasan