35 Beliawanis Sertai ‘Hiking’ Teruja Dan Semangat

 


Oleh : Norhayana Ismail

MARANG – Seramai 35 orang Beliawanis sangat teruja dan bersemangat apabila dapat menyertai program “Hiking Bukit cendering”.

Ketua Ameerah Cawangan Rhu Dua, Ummu Atikah Binti Zulkifli berkata, aktiviti sebegini julung kali diadakan dan tiga cawangan yang terlibat dalam acara tersebut ialah Rhu Rendang,Kijing dan Rhu Dua.

“Program ini berbentuk santai dan sambil melihat keindahan ciptaan Ilahi serta saling tolong menolong apabila dalam keadaan kesusahan.

“Selain itu, ia berbentuk kesihatan dan dapat mengeratkan



hubungan silaturahim antara tiga cawangan walaupun sebelum ini tidak pernah bergabung pun untuk buat sebarang aktiviti,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program tersebut di di kaki Bukit Cendering pada semalam.

Menurutnya, aktiviti bermula pada pukul 7.00 pagi dengan ‘warming up’ dan sedikit tazkirah ringkas disampaikan oleh ADUN Belia DUN Rhu Rendang, Fatimah Din.

Ulasan