Ustaz Maliaman 'Mengasingkan' Diri


KUALA TERENGGANU - Ketua Penerangan PAS Kawasan Hulu Terengganu, Ustaz Maliaman Kasssim mengambil ‘mengasingkan diri’nya sendiri (self quarantine), selepas beliau mendapat tahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato Sri Dr Zulkifli Mohamed al-Bakri positif Covid-19.

Beliau yang juga ADUN Ajil serta Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu telah mengadakan Kunjung Hormat kepada Menteri di Kompleks Islam Putrajaya, pada 1hb Oktober lalu.

“Perbincangan berkisar untuk mengangkat isu pendidikan dan permasalahan yang berbangkit.


“Setelah dimaklumkan bahawa beliau disahkan positif Covid-19, saya dan semua delegasi yang terlibat telah menjalani ujian saringan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada malam tadi,” ujar beliau melalui laman sosialnya, semalam.

Oleh itu, kata beliau, sementara menunggu keputusan daripada pihak HSNZ, beliau tekalanh menjalani kuarantin setelah mendapat arahan.

“Atas arahan dari Pengarah Kesihatan negeri, sekarang saya mnjalani proses kuarantin di DITC Kemaman.

“Doakan kami di sini selamat dan sejahtera,” menurut hantaran mesejnya pada pagi ini.


Ulasan