03 November 2020

10 Orang Setiap Cawangan Terima Sumbangan

 


Oleh : Aslam Wira

MARANG – Seramai sepuluh orang golongan yang kurang berkemampuan daripada setiap cawangan dipilih untuk diberi sumbangan bantuan kebajikan.

Ketua Penyelaras Pemuda PAS DUN Rhu Rendang, Ziyad Zakaria berkata, pada setiap minggu, Lajnah Kebajikan Penyelaras Pemuda PAS DUN ini akan memilih sebuah cawangan untuk diziarahi di seluruh kawasan tersebut.

“Sumbangan yang diberikan berbentuk keperluan asas dan barang dapur.

“Pada masa yang sama, sumbangan dua biji bola sepak turut diberikan kepada kampung yang mempunyai padang bola,” jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media, pada semalam.

Menurutnya, walaupun sumbangan dan bantuan yang diberikan mungkin tidak sebesar mana, tetapi ianya sangat bermakna kepada mereka yang memerlukan.

“Selain itu, ziarah ini membuka ruang untuk kita saling mendekati antara satu sama lain, menunjukkan kecaknaan dan membina hubungan baik sesama masyarakat,” ujar Ziyad.

Beliau menambah, program hari ini adalah merupakan kali ke-12, melibatkan Kampung Batangan dan bakinya masih ada lapan cawangan.

Tiada ulasan:

Senjata Baru Dalam Perjuangan

  Oleh : Suzie Hassan KEMAMAN -  Semua petugas dalam jentera dan organisasi PAS, perlu menguasai 'senjata baru' dalam mengatur langk...