16 November 2020

Anak Yatim 'Hidup' Dengan Al-Quran


Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN - Maahad Tahfiz Al-Fajar adalah sebuah pusat pengajian dan penjagaan, mendididik anak yatim menjadi generasi yang hidup dengan al-Quran.

Pengerusinya, Ustaz Jamaluddin Jusoh berkata, mereka yang diterima masuk seawal lapan tahun itu akan menjalani rutin seharian untuk menjadi seorang hufaz.

"Mereka akan pergi ke sekolah kebangsaan berdekatan dengan Maahad, dihantar dan diambil pulang, tamat masa persekolahan, mereka akan membaca dan menghafal ayat-ayat Al-Quran.

"Kita menjangkakan apabila mereka  naik ke peringkat menengah rendah, mereka sudah berjaya menjadi hufaz," ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu berkata demikian semasa menyampaikan  taklimat kepada ibu-ibu pelajar, di Pusat Komuniti DUN Rantau Abang, Sabtu 14 November.

Menurutnya, seramai 14 orang pelajar anak yatim lelaki di kawasan Dungun telah memohon dan diterima masuk ke Maahad, dibiaya sepenuhnya melalui sumbangan orang ramai.

"Kita membuka pengambilan sehingga 20 orang pelajar dan permohonan masih dibuka kepada anak yatim lelaki yang berumur lapan hingga 11 tahun," jelasnya.

Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Dungun itu menambah, penubuhan Maahad tersebut diinspirasikan oleh Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Ia akan memulakan sesi pengajian, katanya di sebuah premis, infak seorang 'hamba Allah' .

"Beliau menyumbangkan sebuah banglo dua tingkat diatas sebidang tanah, ada pejabat, ada surau dan dibangunkan  asrama tiga tingkat yang hampir 80 peratus siap,

"Pada mulanya tiada yang sanggup tetapi Ustaz Wan  mengambil amanah tersebut membina sebuah Pusat Tarbiah," katanya.

Justeru, beliau mengalu-alukan orang ramai yang ingin menyumbang dan menyantuni anak yatim melalui Maahad Tahfiz Al-Fajar.

“yang ingin melabur untuk saham akhirat dengan ganjaran pahala yang berganda kerana anak yatim boleh beramal menerusi akaun Bank Islam, Markaz Tarbiyah Darul Ansor yang  bernombor 13044010045457,” ujar beliau.


Tiada ulasan:

Senjata Baru Dalam Perjuangan

  Oleh : Suzie Hassan KEMAMAN -  Semua petugas dalam jentera dan organisasi PAS, perlu menguasai 'senjata baru' dalam mengatur langk...