Hanya Datang, Kerat Dan Balik!

 


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU - Orang ramai kuhususnya di kawasan Besut, tidak perlu bimbang untuk menghantar anak mereka menyertai program khatan beramai-ramai kerana kanak-kanak yang terlibat hanya 'datang, kerat dan balik' sahaja.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Dr Riduan Mohd Nor berkata, program Khatan Perdana yang akan berlangsung pada 28 dan 29 November ini berbeza dengan tahun yang terdahulu kerana Covid-19.

"Insya Allah program ini akan diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan Malaysia (KKM).

"Tiada sebarang himpunan, tiada perarakan, tiada pesta bunga telur, tidak ada acara perasmian dan tidak ada makan-makan," jelasnya.

Beliau yang juga Penyelaras Parlimen kawasan Besut berkata demikian di ketika dihubungi pihak media pada semalam.

Menurutnya, beliau mensasarkan Program Khatan Perdana anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen pada tahun ini seramai 200 peserta berbanding tahun terdahulu iaitu 250 orang memandangkan  Covid-19.

"Kami buka penyertaan kepada anak-anak daerah Besut di empat DUN iaitu Kota Putera, Kuala Besut, Jerteh dan Hulu Besut.

"Insya Allah kita akan cuba mendapat bantuan daripada pihak PAPISMA Daerah Besut dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) MEDICO  yang akan turut membantu acara khatam Perdana," ujarnya.

Ustaz Dr Riduan menambah,acara yang berlangsung selama dua hari ini akan dibahagikan kepada sepuluh sesi dimana setiap bahagian tersebut hanya 20 peserta sahaja yang terlibat.

"Setiap hari seramai 100 orang peserta dibahagikan kepada lima sesi dan setiap peserta diiringi oleh seorang pengiring sahaja," katanya.

Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penerangan Peringkat Negeri yang sentiasa menghebahkan program dan memberikan sokongan serta dokongan kepada program yang dilaksanakan.

Ulasan