Komunikasi Saluran Terbaik!


KUALA TERENGGANU - Komunikasi adalah saluran terbaik bagi menyelesaikan sebarang kerumitan dan kekusutan dalam kehidupan, termasuk soal politik dan hubungan Muafakat Nasional (MN).


Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, perjumpaan santai dan tidak formal antara beliau dengan Ketua Umno Kuala Datuk Wan Hisham Wan Salleh dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua parti Melayu itu.

 “untuk mengeratkan lagi hubungan peribadi dan organisasi antara pemimpin PAS dan Umno. Kami . Dapat bertukar fikiran demi kebaikan rakyat di semua peringkat dalam pelbagai isu khususnya perpaduan di akar umbi,” ujarnya.

Beliau ketika dihubungi berkata demikian mengulas tentang pertemuan tersebut yang diadakan pada petang semalam, Selasa 17 November.

Justeru beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu yakin, ia akan dapat pemperkukuhkan lagi MN di Terengganu, khususnya di Kawasan terbabit.

Sementara itu, Wan Hisham dalam catatan laman sosialnya berkata, banyak yang dapat dibincangkan walaupun hanya sebentar bersua mata.

Beliau bersetuju, komunikasi adalah wasilah terbaik merungkai sebarang permasalahan terutamanya dalam usaha memupuk persefahaman.

“Banyak benda kita bincang. Muafakat ialah satu proses dan memakan masa. Cara terbaik memupuk persefahaman ialah melalui komunikasi dan rahsia kejayaan ialah kejujuran.

“Banyak pandangan kita bersetuju dan ada yang kita setuju untuk pandangan yang berbeza. Terima kasih kpd YB Wan Sukairi Wan Abdullah memberi ruang kepada saya memberi pandangan,” jelas beliau.

“Kerana hujan tak sempat makan lempeng. ‘Next round’ kita makan lempeng pulok Insyaallah,” tambahnya.

Ulasan