05 November 2020

Larangan Berbaju Melayu Tidak Relevan

 


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Larangan terhadap pemakaian baju kebangsaan ‘Baju Melayu’ oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng.Suee Lim kepada Ahli Dewan Undangan Negeri disifatkan tidak relevan.

Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata,  beliau terpanggil untuk menyentuh mengenai isu tersebut yang telah menimbulkan kekecohan di Sidang DUN Negeri Selangor baru-baru ini kerana dianggap melanggar etika.

“Bagi saya, tindakan Speaker tersebut boleh mendatangkan penghinaan kepada kebudayaan nasional di negara kita memandangkan baju Melayu adalah pakaian yang telah diiktiraf sebagai baju (pakaian) kebangsaan.

“Alasan Speaker DUN Selangor amat tidak boleh diterima. Sekiranya tiada peraturan pemakaian, kenapa tidak ikut ‘common law’ di Dewan Rakyat ataupun DUN yang benarkan pemakaian baju Melayu,” tegasnya.

Beliau berkata demikian melalui akaun facebook rasminya, pada semalam.

Malah katanya, sepanjang menjadi Ahli Parlimen dan menghadiri persidangan di Dewan Rakyat tidak pernah lagi ditegur oleh Speaker Dewan Rakyat.

“Bahkan saya sendiri masih kekalkan imej berbaju Melayu ke Dewan Rakyat,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Senjata Baru Dalam Perjuangan

  Oleh : Suzie Hassan KEMAMAN -  Semua petugas dalam jentera dan organisasi PAS, perlu menguasai 'senjata baru' dalam mengatur langk...