MOSWAY Medium Dekati Masyarakat

 


Oleh : Halfian Ahmad

KEMAMAN- Menziarahi golongan yang miskin, Orang Kurang Upaya (OKU), sakit, warga emas, armalah dan anak yatim (MOSWAY) menjadi salah satu medium bagi membantu dan mendekati mereka di kawasan Kijal.

Ketua Muslimat Majlis Tindakan DUN (MTD) Kijal, Maselah Mohamed berkata, ia menjadi aktiviti harian kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal yang diseliakan oleh Pejabat MTD Kijal.

“Sebanyak 10 hingga 15 buah rumah dalam satu minggu pada setiap bulan disasarkan bagi tujuan itu dibawah seliaan Pejabat MTD disekitar DUN Kijal dengan kerjasama PAS Cawangan.

“Disamping menghulurkan bantuan barangan dapur, kami juga dapat bertanya khabar tentang kesihatan dan masalah yang mereka hadapi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media, pada semalam.

Turut hadir dalam ziarah tersebut ialah Pengarah MTD Kijal, Ustaz Hazri Jusoh bersama beberapa pegawai dan ahli jawatakuasa cawangan kampung itu.

Menurutnya, walaupun sumbangan ini tidak seberapa tetapi yang pentingnya ia bertujuan untuk membudayakan amalan ziarah-menziarahi sepertimana yang dianjurkan di dalam Islam.

“Kelmarin kita telah menziarahi tiga buah rumah di Kampung Tersusun Lubuk Lesung bersama Cawangan disana,” katanya.

Beliau menambah, sebarang maklumat tentang MOSWAY yang mungkin terlepas pandang dan tercicir, boleh melaporkan ke cawangan di kampung masing-masing untuk tindakan selanjutnya.

Ulasan