21 November 2020

Umat ​​Islam Perancis Hadapi Tindakan Keras Baru


Menteri Dalam Negeri mengeluarkan amaran keras mengenai pendakwaan jenayah dan pengusiran  ibu bapa Muslim. 

Gerald Darmanin berkata pada hari Jumaat bahawa menjadi kesalahan jenayah bagi ibu bapa Muslim untuk memarahi guru kerana menunjukkan karikatur Nabi Muhammad dalam pembelajaran kepada anak-anak mereka.

"Ibu bapa yang pergi berjumpa seorang guru untuk memberitahu mereka supaya berhenti mengajar kartun yang dilindungi oleh kebebasan bersuara, akan menjadi satu kesalahan jenayah," katanya dalam satu wawancara. 

Tambahnya, mereka boleh menghadapi pendakwaan, bahkan menghadapi tindakan dihantar pulang ke negara asal. 

 "Dan hakim boleh, ini sangat penting, hakim akan dapat mengatakan, sekiranya anda orang asing yang melakukan jenayah ini, anda boleh meninggalkan negara ini.'" tegasnya

 Presiden Perancis Emmanuel Macron berikrar akan melakukan tindakan keras terhadap apa yang disebutnya, sebagai' pemisahan Islamis' untuk mempertahankan nilai sekular Perancis. 

Macron juga berpendapat bahawa kartun kontroversial itu harus dipertahankan atas alasan kebebasan bersuara.

Namun, pengkritik menuduh Macron secara politik mengeksploitasi serangan pengganas baru-baru ini, dengan menggunakan wacana sayap kanan populis terhadap umat Islam dalam usaha menarik pengundi sayap kanan.

Macron mengambil langkah pada hari Rabu untuk menguatkuasakan 'piagam nilai Republik' kepada masyarakat Muslim. 

Beliau memberi kata dua, tempoh 15 hari kepada Majlis Kepercayaan Muslimin Perancis ( French Council of the Muslim Faith - CFCM) untuk menerima piagam tersebut.

 Lapan pemimpin CFCM bertemu dengan Macron dan Darmanin di Istana Elysee untuk perbincangan pada hari Rabu.

 Piagam nilai Republik Macron akan melarang "campur tangan asing" dalam kumpulan Muslim dan akan menyatakan secara jelas bahawa Islam bukan gerakan politik tetapi agama

Tiada ulasan:

Senjata Baru Dalam Perjuangan

  Oleh : Suzie Hassan KEMAMAN -  Semua petugas dalam jentera dan organisasi PAS, perlu menguasai 'senjata baru' dalam mengatur langk...