12 November 2020

Wanita Sumber Kekuatan Keluarga


Oleh : Azizah Mahmood 

KUALA TERENGGANU : Wanita adalah sumber kekuatan kepada sesebuah keluarga dan ungkapan biasa yang kita dengar wanita hebat adalah wanita yang bersama ketua keluarga ( suami) saling membantu mengurus keluarga.


"Sebagai wanita ( isteri) adalah tidak salah kita juga membantu mencari sumber pendapatan tambahan untuk keluarga,saling membahu  dalam urusan keluarga, menjadi pelengkap kepada ketua keluarga" kata Pengarah Ameerah Terengganu, Zuraida Mohd Nor.

Beliau berkata demikian ketika di temui di kediamannya bersama anggota Jawatankuasa  Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Kuala Terengganu, semalam 11 November, meninjau tanaman bandar yang diusahakannya.

Menurut Zuraida, pertanian bandar amat membantu dalam penghasilan sayur sayuran yang mudah dan menjadi keperluan. 


Di samping boleh dilaksanakan di sekeliling rumah untuk sara diri kata Zuraida, ianya boleh mendatangkan hasil pendapatan  sampingan membantu suami.

Selaku ADUN Wanita Terengganu yang bertanggung jawab terhadap kaum  hawa di negeri ini, Zuraida telah juga mengadakan program sulam tampal dalam menghasilkan barangan kraftangan daripada perca kain dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga (YPU).

"Projek Sulam tampal tidak perlukan banyak modal, hanya sedikit sentuhan dan kreativiti, banyak benda boleh di buat untuk kegunaan seisi keluarga dari sudut pengunaan di dapur, ruang tamu dan bilik tidur, bahkan hasilnya cukup lumayan jika dijadikan sumber pendapatan," katanya,

"Program ini kita buat tiga bulan yang lepas dan alhamdulillah semua pelajar telah mahir dan dapat sijil masing masing, usai sulam saya terus mengerakkan laman wanita dalam pertanian bandar dan hasilnya dapat di lihat hari ini," tegasnya lagi.

"Jadikan ilmu yang di pelajari bermanfaat bukannya" senyap "dalam diri tanpa manfaat, beruntung peserta yang terpilih tetapi akan jadi rugi jika hanya menjadi sekadar ilmu tetapi tidak dimanfaatkan sebaiknya," ujar Zuraida.

Rata-rata peserta yang di temui melahirkan kesyukuran dan minat untuk menjadikan sulam tampal sebagai sumber rezeki tambahan.

Karimah Abdullah, 48, dari Kampung Pak Pa berkata, beliau  sangat bersyukur kerana dapat mempelajari sulam tampal tambahan pula keperluannya hanya perca kain yang tidaklah memerlukan modal yang besar.

Beliau yakin aktiviti ini dapat dijadikan sumber menambah pendapatan suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan masih lagi ada tanggungan.

Tiada ulasan:

Senjata Baru Dalam Perjuangan

  Oleh : Suzie Hassan KEMAMAN -  Semua petugas dalam jentera dan organisasi PAS, perlu menguasai 'senjata baru' dalam mengatur langk...