Jangan Ambil Mudah

 


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN- Seluruh rakyat diingatkan agar tidak mengambil mudah mengenai kewajipan mengundi didalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 agar kesilapan yang lalu tidak lagi berulang.

Timbalan Majlis Tindakan DUN(MTD) PAS Bukit Besi, Mohd Ridhuan Yusoff berkata cukuplah tempoh ketika mana Pakatan Harapan (PH) berkuasa sehingga menjadi satu palitan sejarah tragis buat rakyat di negara ini.

“Setiap anggota masyarakat perlu saling mengingatkan tentang kewajipan mengundi samada kepada adik-adik yang telah cukup umur, kepada jiran-jiran, saudara mara, kawan-kawan serta sesiapa sahaja agar tidak mengambil mudah kewajipan mengundi.

“Agar tidak menyesal lagi dikemudian hari demi menjaga kepentingan umat Islam terutamanya . Ini bukan lagi masanya untuk bertengkar serta saling tuding menuding, dan hanya tahu mengkritik semata-mata di media sosial,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media, pada Isnin, 28 Disember.

Katanya, analisis pada PRU ke-14 yang lalu seramai 3.6 juta orang anak muda yang layak mengundi tidak mendaftar sebagai pengundi pada pilihan raya yang lalu.

“ Mewakili 20 peratus daripada lebih 14.8 juta orang pengundi yang berdaftar.

“Diatas kealpaan inilah kita telah memberi kemenangan kepada musuh negara yang selama ini mengintai peluang keemasan untuk seenaknya menganyam secara rakus perbendaharaan negara yang kita cintai ini,”tegasnya.

Ulasan