Kebajikan Agenda Utama Pemuda


HULU TERENGGANU - Khidmat Kebajikan sentiasa menjadi keutamaan Pemuda PAS dan Jabatan Amal Malaysia kepada masyarakat pada setiap masa apatah lagi ketika ditimpa musibah dan bencana.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nasir bin Abd Razak berkata, musim tengkujuh yang datang pada setiap tahun menjadi panduan kepada kita untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Katanya, cabaran itu disambut dengan semangat yang tingg dan berusaha semampu mungkin untuk membantu rakyat di mana jua.

"Perkasakan aktiviti kebajikan ini kepada seluruh lapisan masyarakat tidak mengira latar belakang politik, supaya mereka mengetahui bahawa Pemuda PAS bukan sahaja berpolitik,

“berdakwah dan melaksanakan elemen tarbiah, akan tetapi menjalankan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan," tegasnya.

Beliau berkata ketika menghadiri sesi taklimat bilik operasi banjir kawasan Hulu Terengganu, PADA Ahad 29 November.


Jelasnya, beramal kerana Allah SWT adalah syiar dan merupakan roh kekuatan dalam diri, setiap pemuda PAS.

Oleh itu kata beliau, sesuai ajaran Islam Pemuda PAS dan anggota Jabatan Amal Malaysia mestilah sentiasa siap siaga, membina kekuatan, berkeyakinan dan mememiliki motivasi yang tinggi.

"InsyaAllah dengan kekuatan yang ada pada kali ini, dapat menjayakan misi dan operasi ini dalam apa jua keadaan, kita akan mampu menghadapinya dengan pertolongan Allah SWT," katanya

Beliau turut mengingatkan bahawa, bekerjalah dengan sifat Ikhlas kepada Allah SWT, untuk membuktikan bahawa kita sentiasa mengutamakan agenda kebajikan.

Pada program tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Jabatan Amal Malaysia Kawasan Hulu Terengganu untuk melancarkan lagi perjalanan dan pergerakan dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.

Ulasan