Minta Maaf Kan Senang.....

 


MB Perak kalah undi percaya dan letak jawatan, PAS kata, kalau nak buat kerajaan baru, PAS tak bersama. Maknanya PAS nak kekal dengan Kerajaan PN, yang ada Umno dan Bersatu macam dahulu. PAS tak kata pun tak mahu MB dari Umno. PAS dituduh sombong, berlagak, tiga kerusi jer, tapi macam ada 30. PAS tak berlagak pun, habis kalau betul tak perlu PAS, kenapa Sultan kata tak yakin, Tuanku panggil semua, termasuk PAS?

PAS melihat perkembangan dengan serius dan menyeru semua ke meja rundingan. Tiba-tiba Najib masuk campur, tambahkan minyak hantar dalam FB dia, kongsi yang orang tulis, masa lantik Bersatu jadi MB, Umno, PAS boleh sokong. Masa Umno pulak, kenapa dua-dua tak boleh sokong. Kemudian dia bangkitkan dosa-dosa Bersatu buat kepada Umno. Yalah diakan dah suci sekarang, apa nak buat, bilang dosa dan noda orang je mmmmlah. Masa nak jatuhkan MB, buat sorang-sorang, bila jatuh ajak orang angkat dia, orang tak nak lagi, nak bincang dulu, dia marah sebab tak cukup kerusi.

Kemudian PAS mesyuarat untuk selesaikan kemelut, terus ada suara sumbang berbunyi, PAS dah 'U-turn', nak masuk kerajaan balik. Padahal nak kena menghadap Tuanku sebab Tuanku perintah, nak buat keputusan. PAS minta tangguh menghadap, orang kata PAS derhaka, berani batal perjumpaan dengan Sultan. Sultan tahu, OK jer, tak murka pun, eh, mengada-ngada dia pulak lebih dari Sultan. Sultan Perak cerdik, ada PhD, kau ada apa?

Orang Pan sebar gambar ahli PAS baring atas jalan, masa Nizar kena turun dari jawatan MB dulu. Pan tak sedar yang Nizar dan sebahagian yang mengamuk masa tu, dah jadi ahli dia sekarang. Orang Umno ada juga yang bengong yang bencikan PAS, pun turut sama sebar gambar tu. Tapi bila ada orang balas gambar Umno angkat 'banner' maki Sultan Terengganu, dia orang terus jadi bisu, baru teringat dia orang derhaka lebih dulu dan banyak lagi dari orang lain.

DAP pula datang berlenggang lenggok dengan songkok tinggi. Mesej dia 'Alo Umno, wa boleh kawtim maa'. Ajak Umno yang dia dah sucikan dalam masa sehari itu jadi kerajaan bersama. Boleh pulak nak duduk semeja. Dah tak rasa geli. RBA bersorak, kali ni mesti jadi punya. Tiba-tiba, Ahli Umno pulak mengamuk, marah, tapi bukan sebab songkok Nga lebih tinggi dari mereka punya. Sebab memang bencikan DAP. Tak boleh jadi, Umno tak nak kasi Exco, DAP pun lari. Barulah Umno pusing cari balik PN.

Umno pun memohon maaf atas kekhilafan mereka membuat keputusan tanpa berbincang dengan rakan. PAS dan Bersatu maafkan Umno yang silap itu. MB baru akan dilantik dari Umno. PAS dan Bersatu akan masuk dalam Kerajaan PN yang lama sebab memang asalnya itulah kerajaan PN dan MN. Kalau PAS masuk dalam kerajaan baru yang ada PH, barulah dipanggil 'U-turn'.

Jadi sekarang, kalau kata PAS yang salah, sebab apa orang lain yang minta maaf pada PAS?

-PAS tak U-turn sebab memang itu Kerajaan PN

-PAS tak derhaka batal menghadap sebab Tuanku sendiri benarkan tangguh

-PAS tak tinggal Bersatu, sebab Bersatu kawan dan PAS memang tak tinggal kawan.

-PAS tak putus rakan dengan Umno kerana biasalah manusia, buat silap

-PAS tak pernah bincang dengan DAP sebab rakyat memang bencikan DAP

-PAS tak calonkan Adun PAS jadi MB sebab bukan kerusi PAS

-PAS tak minta banyak, cuma bincanglah dulu nak buat apa-apa. Bila kita tak sokong dia tanya, gini ke kawan, masa dia buat sorang-sorang, gitu ke cara dia berkawan?

-PAS dituduh buat salah, tapi orang lain yang minta maaf

-PAS tenang-tenang jer baca al-Quran tiba-tiba ada jin dan syaitan yang menjerit mengamuk

-PAS mengambil tanggungjawab dalam PN dengan jayanya, tapi PAS dituduh jahat

-PAS paling faham bahasa Melayu, sebab itu PAS selalu buat benda dengan betul. Dia orang marahkan PAS, sebab dia orang yang tak faham bahasa.

Marilah kita sama-sama bersatu padu atas nama Islam demi menyelamatkan agama dan negara kita.

Mohd Nasir Abdullah

9 Disember 2020

Ulasan