Pertemuan Harmoni, Santai Antara PAS, Bersatu


 Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN - Pertemuan diantara pemimpin dua parti komponen kerajaan Perikatan Nasional (PN), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) telah berlangung dengan suasana yang cukup harmoni. 

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) PAS Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata, perjumpaan itu merapatkan siluturahim, bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pendapat, bagi kedua belah pihak. 

“pihak (BERSATU) telah menghubungi saya untuk bertemu, jadi saya menyatakan kesediaan untuk mengadakan pertemuan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi.

“Tiada langsung disebut atau dinyatakan mengenai siapa yang akan bertanding didalam pertemuan berkenaan, hanya santai sambil minum teh, sebagaimana lazimnya seorang kawan menziarahi kawan yang lain,” ujarnya ketika ditemui hari semalam. 

Katanya, amat lucu sekiranya ada mana-mana pihak yang mendakwa sebaliknya kerana semua pihak tahu bahawa soal pilihan raya atau penentuan kerusi, adalah tanggungjawab pemimpin tertinggi di peringkat pusat. 

“Ada yang menuduh PAS 'main kayu tiga', bersedia memberi laluan kepada PPBM bagi Bukit Besi dan membelakangkan UMNO, 

“Kenyataan ini sengaja dicipta bagi menimbulkan kekeliruan dan bertujuan ingin melaga-lagakan kedua belah pihak yang merupakan komponen kepada Perikatan Nasional. 

"Kenapa nak bincang mengenai kerusi diantara peringkat bawah sedangkan yang menentukan kerusi adalah di peringkat atasan," tegasnya. 

Justeru beliau menyeru semua pihak agar tidak menimbulkan spekulasi kerana ketiga-tiga parti itu telah pun bersepakat meneguhkan kedudukan kerajaan PN. 


Ulasan