Sukarelawan Syariah Amanah Berat


KUALA TERENGGANU - Melaksanakan amanah dalam melakukan tugas sebagai sukarelawan syariah bukanlah mudah kerana ia akan dipersoalkan, bukan sahaja a di dunia ini, bahkan di akhirat nanti. 

Salman Al Farisi Talib, 37, dari Kampung Batu Enam, Kuala Nerus berkata, menjaga akhlak dan mematuhi arahan adalah pra-syarat utama yang mesti dihayati. 

"selain itu, kita mesti bersiap siaga pada bila-bila masa sebab kita berkhidmat kerana Allah, kerja ni sebahagian tuntuan agama, fardhu Kifayah.," tegasnya

Justeru itu, beliau memberi galakan kepada pemuda pemuda lain untuk turut serta, bersama-sama menjaga menegakkan 'syariah Islamiyah'. 


" Persiapkan dengan ilmu agama dan dakwah untuk menghadapi cabaran cabaran sebagai sukarelawan, " tambahnya

Ulasan