Contohilah ‘Ayah Ku’


Oleh ; Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU - Generasi baharu pada hari ini diingatkan agar mencontohi Ayah Ku, Che Ku Mat Salleh bin Da yang istiqamah dalam perjuangan dan memberi sumbangan kepada parti PAS.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS  negeri Terengganu, Dato' Haji Yahaya Ali berkata, dalam usia 80 tahun, beliau masih memegang jawatan sebagai Ketua Cawangan sehingga kini.

“Kita nak ambil pengalaman dan pengajaran orang lama yang istiqamah dalam perjuangan Islam.

“Orang sekarang ini tak berasa susah mana Ayoh ku dulu. Dulu perjalanan yang ada adalah perjalanan sungai,” jelasnya.

Beliau yang juga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berkata demikian selepas program ziarah di Masjid Kampung Jengal pada Sabtu, 2 Januari.


Menurutnya, Ayah ku dilahirkan pada 6 September 1941 merupakan Pengasas PAS Kuala Jengal, imam masjid Kuala Jengal dan Jurunikah sejak tahun 80-an lagi.

Selain itu, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Guru Yayasan dan mantan YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Kampung Jengal.

“Contoh yang paling baik orang yang istiqamah dalam perjuangan islam kita nak ambil pengalaman. 

“Masa tubuh  cawangan memang susah dan orang tak nampak lagi perjuangan PAS pada masa itu. Yang orang nampak dalam bentuk negetif  dengan pelbagai pertuduhan,” ujarnya.

Dato’ Yahaya menambah, sudah tiga kali PAS mentadbir negeri Terengganu.


“Kita dari segi jadi kerajaan sudah masuk tiga kali memerintah, pada 1959, 1969 dan 2018.

“Dan kita harap kemenangan yang ketiga ni kita pegang lama .insya Allah kita pakat doa,” kata Dato’ Yahaya.

Justeru itu, beliau menyeru kepada generasi muda agar istiqamah dalam perjuangan dan memberi sumbangan kepada parti PAS.

“Nak ambil pengajaran hak pelapis kita baru kena istiqamah, kena beri sumbangan kepada perjuangan. Orang tua turunkan ilmu kepada anak-anak generasi muda.

“Apa yang kita duduk dalam perjuangan kita fikir pelapis, penerusan dalam perjuangan,” tambah Dato’ Yahaya lagi.

Ulasan