Jentera Dikerah Turun Bantu Mangsa Banjir


Oleh : Saifullah Jusoh

BESUT - Jentera PAS kawasan Besut dikerah turun padang bergotong -royong bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas banjir akibat air pasang besar dan ombak kuat. 

Bendahari PAS Kawasan Besut, Haji Azbi Salleh berkata, ia bertujuan bagi meringankan beban penduduk yang terlibat untuk membersihkan kawasan rumah mereka.

Katanya, antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Pengkalan Atap dan Kampung Pantai Kuala Besut .

"Saya melahirkan rasa berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam mejayakan gotong-royong ini.

“Selain itu juga gotong royong ini dibuat bagi mengelakkan daripada berlakunya air bertakung yang boleh membiakkan nyamuk aedes," jelasnya.


Beliau yang juga merupakan Pegawai Penyelaras DUN Kuala Kuala Besut berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program pada Selasa, 5 Januari yang lalu.

Menurutnya, program ini kerjasama di antara pihak parti PAS DUN kuala Besut bersama agensi kerajaan. 

Antara jentera parti PAS yang dikerah ialah Jabatan Amal Malaysia Besut, Pemuda PAS Dun dan Alternative Riding Club (ARC) Besut.


Ulasan