Nasihat Yang Baik

 


Ada orang PAS marah sebab tulis yang negatif atau serang banyak sangat pasal Umno. Katanya takut jadi fitnah. Bagus nasihat tu, kalau boleh kita hati-hati, lagipun Umno masih kawan kita, kata dia. Betul tu, aku setuju.

Tapi yang jadi masalah semasa pimpinan PAS dituduh baham duit, baham projek, kau diam pula. Salah-salah haribulan, kau tumpang sekaki belasah, konon nak jadi rakyat Saidina Umar yang angkat pedang nak tegur Umar. Semangat jihad lah katakan.

Yang aku nampak, kes-kes geng Umno tu sudah didapati bersalah dengan segala pembuktian walaupun ketika ini pada peringkat mahkamah tinggi dan masih boleh buat rayuan. Tapi fitnah kepada pimpinan PAS baham duit tu, tak pernah dibuktikan, tak pernah dibicarakan. Lagi mahu sembang pasal fitnah ke?

Kedua, bila ada spesis yang suka komen "aku dah kata dulu" merujuk kepada keputusan pimpinan kita buat Umno yang nakal ni sebagai kawan. Masa dengan DAP, PKR dulu pun, kita pun gagal nak ajak mereka ke arah Islam secara menyuluruh, hanya sedikit sahaja yang dapat, sebab perangai mereka pun tak jauh dengan Umno. Takde bezanya sangat. Tetapi kita kena bergabung dalam usaha menyekat PH. Kalau tidak dengan Umno? Siapa lagi?

Dalam jemaah, kita ada organisasi, kita ada peringkat pimpinan dan peringkat akar umbi. Akar umbi memberikan keyakinan kepada pimpinan, kemudian keputusan pimpinan yang tidak bercanggah dengan agama, kita ikut dan patuh. Maka keputusan itu adalah keputusan jemaah, kita teguh dengannya walaupun kemudiannya dilihat tidak menguntungkan.

Jika sesuatu keputusan sudah dibuat, maka kita sama-sama memikul buruk baiknya. Jika tuah, tuahlah kita. Jika sial, siallah kita. Namun jika ahli berkata "kalau begini kalau begitu", "aku dah cakap dulu" selepas rancangan tidak berjalan baik, itu adalah perangai yang amat buruk, amat buruk. Biar pimpinan sahaja yang buat 'post mortem'.

Namun yang aku lihat, yang dikatakan silap PAS sebab bersama Perikatan telah menyebabkan PAS dapat menjadi sebahagian daripada Kerajaan Malaysia pada tahun 74-77. Salah keputusan PAS bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) 1990, memberikan kembali Kelantan kepada PAS. Langkah sumbang PAS menyokong Anwar 1999, PAS telah berjaya merampas Terengganu semula. 

Silap percaturan bersama Pakatan Rakyat 2008, PAS dianugerahkan MB di Kedah dan Perak, Exco di Selangor. Rugi kerana berseorangan, tidak menyokong PH atau pada PRU14, telah berjaya menawan kembali Terengganu, Kedah dan kemudian memilih Bersatu, GPS dan BN sebagai rakan, PAS menjadi sebahagian daripada Kerajaan Pusat dengan ada rakyat melopong menyaksikan rekod cemerlang lebai-lebai PAS yang mereka kutuk sebelum menjadi menteri dahulu.

Biarlah silap lagi keputusan pimpinan PAS kerana memilih Umno yang berpenyakit itu, dan Bersatu yang agak lemah itu kerana tsiqah aku kepada pimpinan dan doa kepada Allah, aku yakini diterima untuk diberikan kebaikan jemaah dunia akhirat. Aku insyaAllah tidak akan berkata "aku kata dah dulu" sebab berasa pandai dari pimpinan atau perasan sudah hebat bernujum, boleh melihat masa depan. 

Aku, kuli jemaah yang menulis jer, bukan pemikir, tidak juga pengkritik tak tentu hala. Banyak-banyak info yang aku dapat, aku cuba tulis untuk kebaikan jemaah. Salah ke aku buat begitu?

Mohd Nasir Abdullah

7 Januari 2021

Ulasan