Penyelesaian Islam Dalam Masyarakat Majmuk


KALA TERENGGANU - Penyelesaian Islam hendaklah menjadi pilihan setelah ideologi ciptaan manusia gagal dan bukan Islam yang hidup dalam masyarakat majmuk perlu diberi kepercayaan. 

Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, umat wajib kembali kepada Islam kerana perpaduan berkonsepkan Islam pernah menciptakan sejarah kedaulatan, "Hadharah Islamiyyah" yang memimpin dunia. 

"Adalah berdosa membiarkan semua musuh pelbagai agama, bersatu menentang Islam dan bagi  bukan Islam kenapa mereka tidak boleh menerima penyelesaian Islam tanpa dipaksa menganut Islam?

"setelah selama ini mereka berjuang bersama ideologi asing dan menerimanya," jelas beliau. 

Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Persidangan Antarabangsa Kesatuan Ulama Islam Sedunia dalam Sosio-Politik, pada Khamis, 24 Februari

Ucaputama beliau yang disiarkan secara langsung di atas talian itu bertajuk Hubungan Malaysia Dan Timur Tengah Dalam Geo-Politik Semasa. 

Menurut kajian beliau, umat Islam di seluruh dunia berpecah kerana faktor kebangsaan yang berlainan.

"berpecah kerana geografi dan geopolitik yang dirancang oleh musuh dan lperbezaan mazhab yang dijadikan seperti perbezaan agama," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang. 

Justeru tegas beliau, adalah satu kebebalan apabila krisis Timur Tengah, cuba menyelesaikan isu Palestin dengan 'berimamkan kepada bekas penjajah' . 

"Begitu juga apabila berlaku krisis Teluk, musuh pula yang dijemput bukannya hendak berdamai dengan negara sahabat seagama dan berjiran tetangga.

"Kawan dijadikan musuh, musuh pula dijadikan kawan," tambahnya. 



Ulasan