Oleh : Nor Amira Amijudin
BESUT - Walaupun 'khabak'(mendaki) Bukit Bubus adalah aktiviti lasak tetapi jika diadakan dengan mematuhi syariah, ianya amat digalakkan.
Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO), Usrah Care, Ustaz Mat Razali Mat Lazin berkata indahnya Islam bersukan, mesti menutup aurat, berbeza dengan cara orang barat bersukan.
"Dengan ini kita dapat memberi peringatan kepada anak muda bahawa Islam tidak menghalang bersukan, tetapi biar kena pada cara Islam," ujarnya.
Ustaz Mat Razali berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah di dalam pengisian Program Ameerah Dewan Undangan Negeri(DUN) Kota Putra 'Khabak' Bukit Bubus di sini pada 20 Mac.
Prorgram hasil kerjasama Ameerah Fan Club Kawasan Besut dan NGO Usrah Care telah menarik anak muda kira-kira seramai 35 orang untuk menyertainya.
Katanya, bukit yang terletak di Tembila itu semakin hari semakin menjadi tumpuan penduduk di daerah itu dengan tempat untuk mereka beraktiviti seperti mendaki bukit, buaian gergasi dan luncur udara.
"Terimakasih Ameerah DUN Kota Putra yang sudi mengajak Usrah Care bekerjasama menjayakan program yang julung-julung kalinya diadakan ini.
" Disamping kita dapat beriadah, ukhuwah juga dapat dijalinkan dan seterusnya dipereratkan dengan program santai seperti BBQ," katanya.
Ulasan