Tegakkan Syariat Tanggungjawab Seluruh Umat



Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN - Menegakkan syariat Islam di Malaysia adalah tanggungjawab seluruh umat Islam tidak hanya terpikul di bahu ahli-ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sahaja.

Pengarah Pilihan Raya PAS Rantau Abang, Wan Ali Wan Dagang menegur golongan yang sibuk menuding jari kepada PAS apabila timbulnya isu yang membabitkan sensitiviti umat Islam.

"Mereka sibuk mengasak, PAS buat apa bila timbul isu RUU 355, kalimah Allah dan banyak lagi, tapi kita tanya balik dia, doh mung wat penda," tempelaknya.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Keselamatan PAS Dungun berkata demikian ketika menyampaikan ceramah kepada muslimat Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang dekat sini pada 18 Mac lalu.


Katanya lagi,  setiap orang Islam wajib tahu tuntutan   yang perlu ditunaikan selepas mengucap dua kalimah syahadah. 

"Untuk menegakkan syariat bukan hanya tanggungjawab individua tertentu sahaja, bukan tanggungjawab nabi-nabi, rasul-rasul dan ulama sahaja  bahkan seluruh umat Islam," tegasnya.

Ulasan