"Kalau Umno Terengganu Berkeras....."


KUALA NERUS - Sekiranya Umno berkeras dan tetap mahu bertanding pada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu, PAS akan menyahut cabaran itu.

Namun menurut Pesuruhjayanya Dato' Ustaz Husain Awang, usaha PAS untuk menyelamatkan kuasa politik Islam dan Melayu adalah berterusan.

"ketiga-tiga parti Melayu Islam, PAS, Umno dan PBBM mesti bersatu, bukan untuk menyelamatkan individu, mana-mana parti,

" kalau Umno Terengganu bersikap degil dan tegas dengan pendirian dia, maka memang bersedia, kalau 32 pun, 32 lah, " tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media hari ini, selepas menerima suntikan vaksin Covid-19, di Gong Badak dekat sini. 

Beliau berpendapat, keputusan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu itu tidak senada dengan rakan sejawatnya di negeri lain. 

Katanya, Pengerusi Perhubungan Umno Perak sebaliknya, mahu bersama dengan PAS. 

"bukan keputusan Umno di peringkat kebangsaan, apa yang disebut oleh Dato' Seri Ahmad Said," jelasnya. 

Justeru itu, beliau berkata, PAS Terengganu masih menunggu arahan daripada Pusat dalam membuat keputusan yang terbaik, untuk negara. 

"arahan itu pastinya bukan semata-mata untuk politik Terengganu tapi sudah pastinya menurut kepetingan negara, termasuk semua parti," tambah beliau. 

Ulasan