PAS Tidak Bermusuh

 Oleh : Nooreni Abu Bakar



DUNGUN - Parti Islam SeMalaysia(PAS) bukan parti yang suka kepada permusuhan malah tidak bercita-cita mencari musuh  dengan sebarang parti sekalipun.

Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata jika ada parti yang ingin memusuhi PAS tidak akan berganjak dengan perjuangan semata-mata untuk mengelakkan permusuhan. 

"Sebagai parti yang berpandukan Al-Quran dan hadis, PAS berpegang kepada Al-Quran dan hadis... hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berbunyi,

"kamu jangan mencari musuh(kerana ini bukan sifat orang bertakwa) tetapi jika mereka ingin bermusuh, tetap(jangan lari), sabar dan minta pertolongan Allah untuk kamu menentang musuh kamu," tegas Ahli Parlimen Dungun itu. 

Ustaz Wan Hassan mengingatkan demikian kita berucap di Majlis Sumbangan Ramadan 2021 Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang di Dewan Al-Husna, Markaz Tarbiyah Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah dekat sini pada 23 April. 

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(MTD) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun dan Bendahari PAS Dungun, Cikgu Mohd Hamid Hamid

Menurutnya sumbangan tersebut dilaksanakan ketika PAS masih lagi menjadi pembangkang hasil daripada derma orang ramai.

"Kini setelah PAS  menjadi kerajaan sumbangan ini masih diteruskan kerana kecaknaan parti kepada rakyat dan sumbangan daripada kerajaan juga ada, jadi rakyat mendapat dua sumbangan," katanya.

Ulasan