29 Mei 2021

Bantuan Bersasar PKPD RM420,000


KUALA TERENGGANU - Kerajaan PAS Negeri telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan bersasar kepada yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)  di Mukim Kuala Berang dan Daerah Kuala Terengganu.

Naib Presiden yang juga Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar berkata, pihaknya mengambil maklum pengumuman Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang pelaksanaan 'total lockdown' di seluruh negara bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 ini. 

"Berikutan dengan itu, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan bersasar kepada yang terkesan 

"Sebelum ini, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan bantuan bersasar kepada Daerah Besut yang dikuatkuasakan PKPD," jelasnya dalam satu kenyataan media.

Oleh itu beliau meminta rakyat untuk kekal bertenang dan sentiasa patuh kepada arahan dan SOP. 

"Usah kita menuding jari sehingga mencetuskan suasana yang tidak harmoni, sebaliknya marilah kita berganding bahu dan bersatu hati untuk memutuskan rangkaian COVID-19.

"Teruskan bermunajat kepada Allah dan berdoa agar ujian ini segera berakhir dan kehidupan kita kembali normal seperti biasa," ujarnya


Tiada ulasan:

Agenda Perpaduan Muslim Lebih Besar

KUALA TERENGGANU - Kedua-dua Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad dan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar tegas menyatakan bahawa parti i...