𝐏𝐊𝐏𝐃 𝟏𝟓 M𝐮𝐤𝐢𝐦 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 D𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐬𝐮𝐭


PKPD Daerah Besut yang bermula semalam menjadi kayu ukur kepada penularan COVID-19 di negeri ini. 

Ia adalah kerana, peningkatan mendadak jangkita virus maut itu, bertumpu di daerah terbabit. 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di 15 mukim dalam daerah Besut, Terengganu yang melibatkan:

• Kampung Raja  

• Keluang

• Lubuk Kawah 

• Bukit Kenak

• Pelagat       

• Jabi 

• Tembila

• Kerandang

• Bukit Puteri

• Pengkalan Nangka

• Kuala Besut

• Pasir Akar

• Kubang Bemban

• Tenang

• Hulu Besut


KKM mengesahkan 9 daripada 17 kluster aktif di negeri Terengganu adalah melibatkan daerah Besut yang telah menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 di negeri ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dalam komuniti

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 15 mukim seperti yang dinyatakan bermula dari 22 Mei sehingga 4 Jun 2021.

Pelaksanaan PKPD ini untuk mengawal pergerakan penduduk di kesemua mukim seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti lain.

Ulasan