PKP: Hulu Besut Bersyukur

 


BESUT - Hulu Besut bersyukur kerana terkecuali daripada 14 mukim yang akan dikenakan PKP, bakal berkuatkuasa esok, Jumaat. 

Menurut Setiausaha PAS Kawasan,  lokaliti tersebut baru saja melepasi tempoh PKPD. 

Oleh itu beliau berharap rakyat bersabar menghadapi ujian kali kedua ini. 

"Kita belum menang dan kes semakin meningkat. Harap masing-masing menjaga diri dan ahli keluarga sepanjang tempoh PKP ini.  

" Walaupun hari raya kali ini pun dalam PKP tapi berharap sembahyang raya dapat diadakan di masjid dengan pematuhan SOP ditetapkan," ujar Cikgu Shalahuddin Jaafar. 

Beliau yang juga Pengerusi MTD Hulu Besut berkata demikian ketika mengulasnkeputusan terkini kerajaan bagi membendung penularan COVID-19.

Beliau turut berdoa agar keadaan menjadi pulih seperti sedia kala dan mohon semua pihak meneruskan ibadah Ramadan, meningkatkan munajat kepada Allah. 

"Semuga kita sama-sama memperolehi kemenangan sepenuhnya menghadapi penyakit maut ini," tegasnya. 


Ulasan