29 Mei 2021

Qatar Umum $500 Juta Untuk Pembinaan Semula Gaza

 


Qatar mengumumkan akan menyediakan peruntukan $500 juta untuk pembinaan semula Gaza, setelah wilayah Palestin itu dilanda serangan udara Israel selama 11 hari. 

"Negara Qatar mengumumkan $500 juta untuk menyokong pembangunan semula Gaza," kata Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani. 

Menurut agensi QNA, dana tersebut bertujuan untuk membantu warga Gaza menghadapi kesukaran hidup dan untuk menyumbang kepada pembangunan kembali kemudahan perkhidmatan, selain rumah penduduk yang musnah. 

Pertukaran tembakan roket dan bedilan terburuk, selama bertahun-tahun antara rejim zionis dan kumpulan bersenjata Palestin bermula pada 10 Mei. 

Ia berlaku selepas pertempuran di perkarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, tempat paling suci ketiga Islam. 

Dalam pertempuran, QNA menyatakan, serangan udara Israel dan tembakan artileri telah mengorbankan 254 orang Palestin, termasuk 66 kanak-kanak, dan mencederakan lebih 1,900 yang lain. 

Manakala roket dan tembakan lain dari Gaza meragut 12 nyawa dan 357 orang cedera di Israel. 


Tiada ulasan:

Hizbullah Dan Sekutunya Kalah

Hizbullah yang disokong Iran dan sekutunya telah kehilangan majoriti mereka di parlimen Lubnan selepas keputusan pilihan raya umum negara it...