Bebaskan Segera18 Wartwan Dari Penjara Israel


KUALA TERENGGANU - Kelab Aktivis Media Inspirasi (KAMI) mengutuk sekeras-kerasnya dan menuntut pembebasan segera 18 orang wartawan Palestin yang telah ditahan di penjara Israel. 

Pengerusinya, Naraza Muda mengecam tindakan tentera zionis, menggangu tugas media dan menghalang mereka menyampaikam kebenaran serta mendedahkan jenayah rejim kepada dunia luar.

"Penahanan wartawan dan kru media dengan alasan untuk melengkapkan siasatan terutama terhadap Zaina Halawani dan jurugambar Wehbe Makiya sangat melampau dan melanggari batas manusiawi, 

"Lebih trajis lagi kejadian ini berlaku ketika mereka baru sahaja menyambut Hari Wartawan Sedunia pada 29 Mei yang lalu, " tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini. 

Katanya, seluruh dunia sewajarnya mengutuk dasar Israel yang mencabuli hak penduduk Palestin, khursusnya di Baitumaqdis.

"Petugas media ditembak malah tentera zionis merampas peralatan, menyekat kebebasan bergerak dan juga menyerang ibu pejabat media, " jelasnya. 

Justeru, kata beliau, KAMI menyokong tindakan Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin meminta pertubuhan hak asasi dan organisasi antrabangsa menghantar suruhanjaya penyiasatan.

"keganasan terhadap media perlu disiasat dan penceroboh Israel mesti bertanggungjawab terhadap jenayah kepada wartawan dan institusi berita," jelasnya. 


Ulasan