08 Jun 2021
Penularan Pandemik Sangat Membimbangkan
KUALA TERENGGANU - Gejala penularan pandemik Covid-19 dan keadaan wabak itu yang semakin berleluasa adalah sangat membimbangkan masa kini.
Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Hazri Jusoh berkata, wabak penyakit ini tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan, malah hingga ke seluruh dunia.
"Tinjauan memperlihatkan semakin bertambah kenderaan di sekitar kawasan parking DITC.
"Menunjukkan gejala pandemik ini masih pada aras sangat-sangat membimbangkan," ujarnya.
Beliau yang juga Pengarah MTD Kijal berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Darul Iman Training Center (DITC), pada semalam.
Oleh itu, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan hadapan 'frontliner' yang terus kuat dan bertabah dalam usaha memerangi virus maut itu.
"Semoga kita seluruh rakyat dan komuniti memberi sokongan yang sepenuhnya kepada mereka dengan berusaha mematuhi segala SOP dengan sebaiknya," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau turut menyelesaikan masalah kerosakan beberapa penghawa dingin Pusat Kuarantin DITC di mana tempat itu menempatkan penghuni kuarantin close contact ( bukan positif) Covid-19.
"Terima kasih staf DITC Encik Izani dan Afdarudin walaupun dalam cuti Keputeraan Yang Dipertuan Agong (YDPA) namun memberi sedikit waktu untuk bersama berusaha mengatasi masalah tersebut
"Alhamdulillah, walaupun dengan perasaan takut, tiga orang juru teknik aircond sanggup berusaha menyelesaikan masalah tersebut dgn pakaian PPE dan SOP yang ketat dgn pantauan 100% KKM," kata Hazri.
Dalam lawatan itu juga, Ustaz Hazri meninjau lokasi penyediaan makanan untuk para petugas dan penghuni memastikan kebersihan diutamakan.
"Terima Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ) memberi kepercayaan kepada DITC untuk menguruskan makanan dan minuman
" Marilah kita bersama berdoa kepada Allah agar menangkat dengan segera bala dan wabak ini dari kita semua, aamiin," tambah Hazri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hizbullah Dan Sekutunya Kalah
Hizbullah yang disokong Iran dan sekutunya telah kehilangan majoriti mereka di parlimen Lubnan selepas keputusan pilihan raya umum negara it...

-
KUALA TERENGGANU - Setiausaha PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abd Rashid membuat laporan polis terhadap portal berita yang menyiarkan artike...
-
Mahkamah sivil tertinggi Mesir pada hari Isnin menjatuhkan hukuman mati terhadap 12 anggota Ikhwanul Muslimin, yang mengakhiri perbicaraan ...
-
KUALA TERENGGANU - Dua kali ADUN Batu Rakit, Cikgu Bazlan Abdul Rahman Persidangan pada Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam menyebut, katany...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan